Puan Normah mengintai-ngintai di balik langsir, melihat kalau-kalau orang yang dinantinya itu sudah pulang.Dia kelihatan gelisah sungguh.Sekejap-sekejap matanya diarah ke jam di dinding.Serasanya sudah lebih 7kali dia bertawaf di sekeliling meja kopi ruang tamu rumah teres dua tingkatnya itu.
"Ish...manalah budak-budak ni? tak tahu jam dah pukul berapa ke..nantilah..masuk je kaki budak-budak tu dalam rumah ni, saya piat-piat telinga tiga beradik tu.Degil sungguh." marah Puan Normah.
Dia bukanlah tidak sayangkan anak-anak tirinya itu.Malah, anak bongsu Encik Zainal itu dia yang merawatnya sedari budak Naim tu masih merah di tapak tangan.Begitu juga lah halnya dengan Najmi dan Nani.Dialah yang menjaga mereka sepanjang arwah kakaknya terlantar di hospital.Dia melayan ketiga-tiga anak saudaranya merangkap anak tirinya itu denagn penuh kasih sayang.Sememangnya dia begitu sayangkan mereka tiga beradik itu.
"Yang awak gelisah tak tentu pasal ni apa halnya cik Normah ooi..taulah Najmi tu nak jaga adik-adik dia.Budak tu baru je balik.Biarlah dorang tu nak keluar sekejap.Mesti dia rindu nak keluar dengan adik-adik dia."bela Encik Zainal.Dia tahu isterinya itu risaukan keselamatan anak-anak mereka.Dia juga bimbang.Tapi yang lebih penting, dia juga tahu bahawa isterinya itu terkilan dengan anak sulungnya, Najmi.
"Senanglah awak cakap.Pasal Najmi tu baru balik lah, saya tak nak dia keluar.Saya ni mama dia.Bukan dia nak fikir rindu saya selama 5 tahun dia kat overseas tu.Sibuk dia nak jumpa kawan-kawan dia tu.Dah tu diseretnya Nani denagn Naim tu sama.Habis tu lauk yang berlambak-lambak tak berusik tu siapa yang nak habiskan." Meleleh air mata Puan Normah.Mengenangkan anak-anak yang tak kunjung tiba.Suami pula membela anak-anak yang sudah terang lagi bersuluh telah mengecilkan hatinya itu, hati seorang ibu.
"Sudahlah tu mah.Bukan dia sengaja nak kecilkan hati awak.." pujuk Encik Zainak lembut.Dia sedar belakangan ini isterinya itu cepat sungguh tersentap.Kerap juga isterinya itu mengalirkan air mata.Pantang tersilap sikit, pasti 'hujan' jadinya.Dia juga bingung memikirkan 'peel' baru isterinya itu.Tapi yang pasti,...masaklah anak-anak aku balik karang.Haishhhhh
********************
"Gila best citer tadi bang.Hebat betul lah pengarah dia buat citer hantu cam tu...kelakar habis..hantu dia pun kelakar.Nani ingat citer dia cam citer phobia yang seram sampai tulang putih tu, rupanya....hmmm, 5 bintang lah 'Pee Mak' ni.Budak depan Nani tu gelak sampai tercampak-campak pop corn kot.Citer tu....adooooi" belum sempat Nani habis puji-pujian melangit kat citer Thai tahap'giler kentang' tu, sepit ketam mamanya lebih tangkas menagkap cuping telinganya.
"oooh..tengok wayang ye, citer apa tadi nak? horror? hantu? apa...baling-baling pop corn...amboi, tak padan dengan perempuannya, balik tengah-tengah malam.Naim mana?...haa, inipun sama, tak reti-reti nak sekolah ke."
"Mama...apa ni ma.Sakitlah..capang telinga Nani ni karang."
"Ooh, tahu pun sakit.Ingat dah kebal sangat, berembun malam-malam" marah Puan Normah.
"Ma..telinga kakak kalau capang tak apa.Telinga adik jangan.Banyak awek ni ma, siap beratur lagi.Mama pilih je nak yang macam mana.Ampun ye ma." kata Naim pula.
"Eleh..selamba badak cakap akak capang.Tak sedar telinga dia tu dah macam shrek...banyak awek konon."Huhh, selamba je budak ni cakap aku capang, ingat aku nak berdiam diri..no..no..no way!
"Asal akak jeles..? senyuman kemenangan sudah tersungging di bibir Naim.Haa, ni baru betul.Alang-alang dah simbah minyak panas kat 'gunung berapi'..kita kasi letus sikit.hakhakhak
Eh eh budak-budak ni..aku tengah 'hangin' kat sini, sempat pulak dorang nak bertikam lidah.Hisy, betul lah...ni nak kena tambah kuasa sepit ketam aku ni, rasakan...rungut Puan Normah di dalam hati.
Serentak dengan itu...."adoooooi".. jerit Nani dan Naim serentak.
"Sakitlah ma.." jerit Nani
"Ntah..abang tak kena pun..mana adil cam ni." adu Naim
"Hahaha..padan muka korang.Abang dah cakap dah...balik cepat,korang degil.Nak singgah makan lah, jalan-jalan lah..haa, sekarang apa macam..ada sedap..hahhaaha" sakat Najmi pula.Tercuit hatinya melihat kerenah adik-adik tak semenggah dia tu.Teringat pula zaman-zaman 'kejahilannya' dulu.Kalau dulu...dia lah ketua 'samseng' nya...setakat sepit ketam dengan hayunan maha hebat hanger mamanya memang dia dah kena dulu.
Ek eleh mamat ni.Aku tengah sakit-sakit, dia boleh pulak gelak berguling-guling kat situ...nasiblah mat salleh celup @ Mohd Khairul Najmi ni abang aku...., kalau bukan..haishh, dah lama wa kasi hajar ini budak...mulut...haaachoooi
"Tahu pun sakit, lain kali buatlah lagi.Orang tengah marah, boleh pulak dia buat sinetron berepisod-episod ye.Siapa cakap abang kamu tu lepas haa..? meh sini...budak bertiga ni denagn bapak nye sekali.Habiskan semua lauk atas meja ni baru boleh tidur." arah Puan Normah sebelum melangkah ke bilik nya di tingkat atas.
Hahaha...seperti yang aku duga, ingat mama nak lepaskan dia ke. Jangan harap..! mama kalau dah marah, semua kena..tapi...perghhhh, gilak punya kerja ni, pukul 2 pagi suruh habiskan lauk.Ni bukan midnight supper lagi ni..ni dah kira seminggu punya breakfast....haaa, satu akal
"Pssst,dik...dik."panggil Nani
Kerja-kerja baik cam ni baik ajak budak ni sekali.Lagi pun mama masak mengalahkan orang nak kenduri ni pun sebab abang kan, jadi tak salah lah rasanya kalau nak kenakan abang kan..hehe
"Apa nye" balas Naim endah tak endah.
Ek eh budak ni, cam tak puas hati dengan aku lak..takpe..takpe.Tersengih adik lepas aku salurkan plan jahat aku tu, heh..setuju lah tu. Sedia...1, 2, 3...cabut.Cayalah cam lipas kudung aku ngan adik lari naik ke atas.Tercengang papa ngan abang dibuatnya...but, dia tak boleh nak kata apa..because..it is what brother means right, mesti lah kena tolong adik-adik kan..hehe
"Walawei...dorang buat lagi perangai beruk tu, ingat kan dah besar-besar cam ni..waras lah sikit." keluh abang.
"Relaks, Najmi, papa dah biasa dah.Lagipun, it's not bad makan time-time macam ni" balas papa selamba lantas menyenduk nasi ke dalam pinggan.
Woohoo, selamba je papa ceduk nasi bersenduk-senduk...dah tu makan lak beria-ia sungguh ni.Ni papa aku ke...saka ni,..huhhh, selisih malaikat 44..seram sejuk Najmi dibuatnya.
"Selalu ke papa makan time-time cam ni" tanya abang
"Selalu tak selalu lah.Bila adik-adik ko buat perangai, papa lah yang kena habiskan."
"Often...i bet." gila betul lah budak-budak tak cukup akal tu.Dorang punya hal, aku lak yang kena..ni tak boleh jadi ni, kasi hajaq sikit seyh.
.jpg)


.jpg)
No comments:
Post a Comment