"Ya Allah...ya tuhan..ya karim...Nani..! Apalah nak jadi anak aku seorang ni.Orang lain dah smapai planet Marikh, awak tu membuta aje kerjanya.Bangun Nani...bangun.Dah tahu awak tu tak boleh tidur lambat, keluar juga dengan abang kamu tu sampai lewat malam.Haa, inilah jadinya."
Waduh...waduh..mama buat lagi.Hisy mama ni kalau dah bukak mulut tu,...nyaring sungguh.Habis bertebaran mimpi-mimpi indahku.Baru je nak berangan 'candle light dinner' dengan penyerang muda manchester united, Chicharito..kacau je lah mama ni.
Alamak...apa lagi yang mama nak buat ni....hadoooi, dia bukak langsirlah pulak.Silau deh matanya...Hurm, memang tak kasi 'chance' langsung lah mama ni.
"Nani...!" jerit mama
Waduh...apa jadi ni? bergegar bilik aku.Gempa bumi apa...kuatnya suara mama.
"Ya...ya mama...nak bangun lah ni" aku menjawab malas.
"Nak bangun,nak bangun...bila bangunnya.Mama pun tak tahu apa nak jadi dengan kamu ni.Ayam jantan tu pun dah putus suara nak kejutkan kamu..., tak bangun-bangun juga." rungut mama sambil berlalu pergi.
Aku pula...hehehe..sengih je lah, nak buat pa lagi kan...tak kan nak tidur balik kot. Gilak...dah kena baling dengan mama, baru ada akaii...tapi takpe..,kita kasi kuak lentang seminit dua dulu..
"Apa lagi tu, Nani..." laung mama
Alamak...hmmm, masak aku...!
********************
"Haa..ini pun anak papa.Pukul berapa baru bangun ni? tak solat subuh ke?" tegur papa sebaik melihat muka anak kesayangannya ini terjegul di atas tangga...hehehe...akulah tu
Dengan tersengih sumbing, aku mengambil tempat di sebelah papa.Rsanya tak perlulah aku menjawab soalan papa tu...malulah...abang kat depan je ni.Tak kan nak cakap...Nani 'cuti', sebab tu bangun lewat..Hisy, tak nak lah.Tapi rasanya papa dah salah tanya ni.Sepatutnya tanyalah aku mimpi apa malam tadi sampai sayang sangat nak bangun jadinya...hahahaha...baru lah ada 'feel' nak 'story-story' kat papa..hehe
"Sengih pulak budak ni.." omel papa
"Papa...you know what..i think that such a wrong questions.Patutnya papa tanya budak senget ni , dia mimpi apa semalam, tersengih aja sampai pagi." sampuk abang.
Hisy..abang ni.Dari dulu sampailah sekarang...takboleh tengok aku senang langsung.Kalau bercakap tu, ikut sedap mulut dia je...no insurance betul lah.Ada ke patut dia cakap...aku yang muda remaja, cantik jelita ni budak senget...betul-betul tak boleh pakai.Chop...tapi cam mana abang tahu apa yang bersarang dalam kepala otak aku ni...cam tahu-tahu je aku mimpi 'best' malam tadi...cayalah...betul-betul no ordinary family lah....hakhakhak
"Sibuk betul lah abang ni.Orang punya suka lah nak mimpi apa pun." akhirnay terluah juga rasa tak puas hatiku pada abang...ntah, sibuk je, mind your own business lah..
" Memang lah ko punya suka nak mimpi apa pun.Abang cuma nak meluahkan rasa syukur sesangat-sangat sebab roh abang tak merayau masuk dalam mimpi ko tu.Kalau tidak...tak pasal-pasal papa kena masukkan ko denagn abang sekali kat tg. rambutan tu." berhambur tawa abng tak tertahan-tahan selepas dimuntahkan gurauan bisa dari lava mulut makhluk tuhan paling celupar @ Mohd Khairul Najmi.
Hisy, boleh pulak dia gelak sakan kat situ.Jagalah sikit hati aku ni tak boleh ke, betul-betul tak sekolah punya abang.Tak guna belajar tinggi-tinggi, kalau hati adik sendiri pun tak reti nak jaga...agaknya cikgu dia tak ajar kot.Tengok cam aku ni,....belajat tak ada lah tinggi mana..tapi, tahu jugak nak 'respect' orang.Ni kalau ikut hati kalbu aku ni,memang arwah lah abng hari ni.Tapi, disebabkan aku...memilih untuk mengikut hati nurani aku yang putih, bersih lagi berseri....hanya jelingan maut saja yang mampu aku layangkan...tanda tak puas hati...huhhhh
"Malas layan abang dah." cehwah, protes lah konon.Takpe..at least mamat depan ni tahu juga aku tengah 'hangin'.Bukan boleh pakai otak abang aku ni, lurus mengalahkan pembaris.Kalau tak bagi 'hint' macam ni, mati duduk lah aku nak dia perasan yang adik terchenta nya ni tengah hangin satu badan.
"Sedap breakfast hari ni, pandai mama buat." pujiku.Tapi, membodek lebih tepat lagi rasanya, tak nak mama marah lagi...hehe...berguna jugak otak aku time-time macam ni
"Memang sedap.Lebih sedap lagi...sebab bangun je, dah ada sarapan atas meja kan." balas mama
Gulp...tersedak aku dibuatnya.Mama ke yang bercakap tu..., atau lebih tepat lagi 'melaser' sebenarnya.Hisy..musykil betul.Bila masa pulak mama mewarisi sifat semula jadi abang ni.Setahu aku...abang je paling 'laser' dalam rumah ni.Betul lah ni...nampaknya penyakit 'laser' tak dipinta ini dah beralih tuan lah pulak.Kantoi sudah....sakit betul telinga ni dengar sindiran mama tu.Lebih pedih lagi dengar suara abang mengekek....
"Mama sayang, cantik jelita..puan Normah yang cute.Sorry ya, Nani janji..lunch hari ni, Nani masak.Full meja.Dari hujung sini sampailah hujung sana nun." pujukku.Berpusing-pusing tanganku menunjukkan betapa banyaknya lauk yang akan memenuhi meja makan tengah hari karang.
"Ya lah tu.Mama, tadi cakap nak pergi pasar.Jom lah, karang habis pulak ikan.Nanti tak pasal-pasal maid baru kita ni tak masak lunch pulak." sampuk abang.
Aku rasa kan . lepas ni aku kena 'stand by' cotton bud siap-siap lah, sebab abang aku ni memang 'laser'.Apa yang keluar dari mulut dia tu, semua bisa babe..yes, betul...cotton bud.Langkah berjaga-jaga sebelum aku menjadi pembunuh abangku sendiri atas motif kelancangan mulut Khairul Najmi.
" Haa, ya lah tu...lagi lama kita kat sini layan adik kamu ni...lagi naik tekanan darah mama.Lebih baik mama bela lembu satu kandang daripada meelayan perangai adik kamu ni." balas mama
"Haa, baguslah kalau macam tu.Baik mama buat satu kandang besar dekat belakang rumah kita ni, lepas tu masukkan Nani kat dalam tu." balas abang dan terus berlalu pergi dengan ketawa yang masih bersisa.
Heee, geram betul lah dengan abang ni.Kalau ikutkan hati panas aku ni, memang dah aku robek-robekkan mulut abang tu dengan pisau potong sayur mama, so annoying..huhh, sabar je lah.Tapi, betul ke...bela lembu satu kandang lebih senang daripada bela anak perempuan seorang...Hisy, tak percayalah...lembu mana ada otak, manusia ada lah...erkkk...tapi bukan mama selalu tanya..aku letak otak kat mana ke....erkkkkkk
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment