"Assalamualaikum...ooo...assalamualaikum" laung Mel, rakan baikku
Hisy, budak ni pun, suara tak boleh 'blah' langsung...nyaring sungguh, kacau 'mood' aku je lah.Dia tak tahu ke yang 'bestfriend' dia ni...merangkap chef baru ni tengah bersilat kat dapur nak masak lunch.Karang...melompat ikan aku ni karang, siapa nak tangkap balik...eden jugak.Eh...tapi budak ni pun mana pernah malu kat rumah aku...ikut suka dia je bila nak datang, bila nak balik...mentang-mentang lah lama kenal kan.
"Woi...aku kat sini lah..dapur..dapur." laungku kembali.Huhh, apa nak jadilah anak dara melaung-laung cam tarzan...haishhh.Sure ar, esok mesti JKK taman ni 'complain' kat mama...bukan boleh tengok orang senang hati sikit dorang tu.Ada ke patut, suara indah dan merdu aku ni dorang kata dah buat anak dorang demam terkejut,huhh...belum aku pakai 'mic' lagi..kalau pakai...mahu nye dorang cakap taman dilanggar todak....wakakaka
Huhh, berdentum dentam tangga rumah aku dibuatnya singa laut ni.Hmm, mesti baru lepas 'spot check' bilik aku lah tu.Dia ingat aku ni macam dia...membuta lagi time-time cenggini.Sorry lah...ni Cheryl Hanani lah...., perempuan melayu terakhir...hakhakhak
"Weh, kat sini rupanye...penat aku cari kau." rungut Mel.Sambil tu, sempat jugak tangan dia menyambar peti sejuk aku dan menciplak sebiji epal hijau mama.Huh...Mel...Mel
![]() |
| Amelia Alias |
"Susah sangat ke ko nak cari aku, mak cik.Kalau tak de dalam bilik, kat sini lah..mana lagi." balasku.Wohooo,... laju jugak aku potong sayur ni.Bakat baru ni, kena kasi tahu satu kampus...hehehe
"Ek eleh...weh, setahu aku lah kan.Erm...tapi rasanya bukan aku je tahu, semua orang tahu.Kau tu kalau tak de dalam bilik, tu haaa.....mengadap depan tv tu..tak pun berkubang dalam bilik air lama-lama.Mana pernah aku nampak kau kat sini." ujar Mel...'ikhlas' lah sangat.
waduh...capik dehh..asal lah semua orang hari ni pakat duk 'melaser' aku je.Tak habis ngan abang, mama pulak...and now Amelia Alias pun nak sambung.Kalau macam ni berterusan, memang aku kena 'spare' cotton bud lah jawab nye....
"Haa, yang kau datang rumah aku time dinihari ni wat gapo.Hang tak masak ka? selalu rajin je hantar lauk kat sini..hari ni mana? satu bekas pun aku tak nampak." soalku.Lebih untuk tukar topik sebenarnya.
"Lah...kan hari tu dah bagi tahu...ibu ngan ayah pergi penang lah.So nak buat apa aku masak banyak-banyak, membazir tahu.So, aku pun terfikir lah...lebih baik dan molek kiranya patik pacal yang hina ni...makan kat sini." balas Mel sambil tersengih 'kerang busuk' nye tu...ish3
Huhh, tak tahu malu betul lah budak ni.Ehhh...tapi bukan semua orang kat taman ni tahu ke yang kami berdua ni memang 'muka tembok' orang nye.Macam mana Mel tak tahu malu and buat rumah aku macam rumah dia ni....macam tu jugak lah aku kat rumah dia.Kitorang memang rapat...macam adik-beradik.Sampaikan parent dia pun aku panggil 'ibu' ngan 'ayah'.Setakat nak lunch kat sini..memang no problem lah.Tapi...tak kan lunch je kot, tolonglah apa yang patut...bukan dia tak tahu aku ni..bab masuk dapur nye,P.Ramli kata...'jarang-jarang'...hehe
********************
Disebabkan ibu and ayah tak de,...terpaksalah aku temankan si Mel ni selama 2hari kat rumah agam dia ni secara paksa dan bukan suka rela, mengada-ngada betul...tidur je lah kat rumah aku, cam tak biasa pulok.Ni tak...beria-ia menolak, alasannya lak tak 'concrete' sungguh...malu lah..apa lah dengan abang aku.Yang pelik nya....tahu pulak budak ni malu...ingat kan dah pupus dah sifat malu dia tu.Elehhh, bukan aku tak tahu...dalam malu-malu tu pun..sempat gak dia jeling-jeling abang aku time lunch tadi.Abang pun galak gak renung si Mel ni.Sekali tengok...hmm, cam ada ape-ape je dorang ni.Hahhh, ntah-ntah...abang dah berkenan dengan Mel tak..waduh, tak sanggup aku melayan mulut dia ni kalau betul lah dia ni 'deal' jadi kakak ipar aku.Tapi...best jugak kan..kawan baik jadi kakak ipar,hmm...not bad.Tapi the best part is...'mulut murai tercabut ekor' abang aku tu tak berkutik langsung time lunch tadi.Selalu ada je 'comment' dia, tak sedap lah, manis sangat lah...ni tak...diam je.Aman sikit dunia rasanya...hahaha..Jap,...yang minah sebelah aku ni tersengih memanjang dari tadi, apa ke halnye ni...? musykil...musykil
"Adoooi, sakitlah" Mel menjerit kecil
Laa, hidup lagi rupanya budak ni, ingatkan dah jadi patung cendana tadi.Elehhh, baru aku baling ngan bantal dah sakit..., belum lagi aku baling dengan bola ke, pinggan, mangkuk, cawan....
"Mel...oooi cik Amelia Alias."
"Nape ko...tak boleh tengok aku senang langsung." balas Mel endah tak endah dengan kebosanan tahap dewa aku ni.
"Adooi, ni yang aku benci ni...sape yang tak boleh tengok sape senang.Dah elok-elok aku duk kat rumah, ko seret aku datang sini.Tadi beria-ia ajak, dah tu tak nak layan aku pulak..bosan tau." marahku
"Ye lah...ye lah Cheryl Hanani oooi.Sekarang ko nak aku buat ape.Timang-timang ko..., haa nak dodoi ko pulak ke." guraunya
Ek eleh...'bengkek' betul lah aku dengan minah senget ni.Ingat aku bebudak ape...?, nak betimang-timang, berdodoi sayang lak..at least bagi lah aku attention sikit.Borak ngan aku ke...apa ke, ni haram...
"Mel...hmm, awat hang tersengih memanjang je haa" soalku.Haa, inilah masanya untuk aku mengorek rahsia hati seorang bernama Amelia Alias ni.
"Hmm. tak nak citer" balasnya sambil tersengih lagi.
Ek eleh amoi ni, main tarik tali ngan aku pulok.Betul-betul tak ada logika.Tapi tak pe...mengikut teori,observation and hypothesis aku,..minah ni mana boleh sorok apa-apa dari aku....boleh kerat jari lah aku cakap...last-last mesti dia sendiri yang citer gak
Beberapa minit kemudian, selepas penat bermain teka teki sendiri......
"Weh, tak nak tanya aku ke apa citer nya" tanya Mel kembali setelah melihat aku tidak lagi berminat dengan 'story-mory' nye
Hehe...tepat seperti yang dijangka, kalau nada dah jadi lain macam ni..., nampaknya tak lama lagi..rahsia bukan lagi rahsia...hahhaha...tapi tak pe, ko main ngan aku kan...'let's move with the flow'dulu...
"Nak tanya apa...dah ko cakap tak nak citer, tak kan aku nak paksa lak." strategi 1, ready for take...hehe...geliga jugak otak aku
"Hisy, menyampah betul lah dengan ko ni.Tunjukkanlah kesungguhan tu sikit, ni tak." marah Mel
Cehwah minah ni, emo lak.Itu lah...time aku nak tahu, jual mahal..bila aku dah 'fed up', dia sibuk nak citer lak.Hmm, sebab tu lah aku malas sangat nak ambil tahu sal dia ni sebab,....lambat laun..ehh tak, paling lambat pun sehari...mesti dia dengan sukarela yang citer.So, tak payah lah terburu-buru sangat kan..haha...ngan minah ni senang je, kalau nak tahu rahsia hati dia ni.Umpama macam 'tarik rambut dalam tepung'...rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.Ehh, asal lain macam je bunyi nya, betul ke tak peribahasa aku ni...hmm, biak pi lak...
"Ehm...ehm..Cheryl.." panggil Mel sambil berdehem.Dalam pada tu, sempat pulak tangan dia memintal-mintal hujung lengan bajuku...huh, mengada-ngada.
"Mel, bape kali ko nak aku cakap haa..., jangan panggil aku Cheryl ok...panggil aku Nani..faham..Nani..reads my lips" marahku.marah sayang sebenarnya.Sengaja je aku jegilkan mata..., buat gertak sebenarnya.Tapi budak ni aku tengok, biasa je..tak takut pun.Eh..eh...boleh kelip-kelip mata lagi tu,huhh normal ke tak ni,..seram sejuk aku dibuatnya.
"Ehm..ehm...attention pleasa.I want to make an announcement.Cheryl Hanani..., i'm in love" jerit Mel tanpa disangka-sangka.
Gulp,...biar betul kawan aku ni.Demam apa..jangan-jangan disebabkan sambal belacan aku time lunch tadi yang extra 'hot and spicy' kot yang dah meranapkan urat waras budak ni.Waduhhh...gilak betul..tadi sengih sorang-sorang, pas tu emo tak tentu pasal and now dia cakap 'i'm in love' lak.Parah...parah...sah lah minah ni dah tak betul
"Hye, do you hear me.I'm in love friend...i'm in love" ulangnya sambil menggoncang-goncangkan bahu aku.
"Okey...love? you? fallen in love...i mean...again." soalku tak percaya.Masakan tidak...tahun lepas dia sukakan Tong, bulan lepas lak sibuk nak pikat Akmal.Yang lebih dahsyat nye...minggu lepas...haaa, baru minggu lepas kan, berita hangat lagi sensasi nye...dia sibuk duk bertanya satu kampus perihal budak baru yang sombong. Rizal Asmadi...Mel..Mel..tak sangka Mel..'player' gak ko ni.
" What do you mean by again?" soal nya kembali
"I guess you know what i mean." balasku.Sengaja menuang minyak ke atas api yang tengah marak.
"Tak baik ko ni.Yang lepas-lepas tu aku usha je..tak cakap pun nak 'couple' ke apa ke.But this time..memang soul mate aku babe, aku dapat rasa." rajuk Mel
Soul mate...perghhhh, geli sungguh hati aku dengar...Mel...Mel..apa-apa je lah ko ni.Tapi...baik gak aku layan budak ni, untung-untung dapat jugak aku tahu siapa soul mate dia ni...ada iras-iras Hairul Azreen ke...hehhehe
"Okey..okey...i'm sorry.So, siapa budak malang tu." soalku
"Betul ko nak tau?" soal Mel sambil mengelip-ngelipkan matanya
Ek elehhh budak sengal ni, ingat comel ke terkelip-kelip cam budak tadika mintak ais krim.Gilak sungguh anak Pak Alias ni
"Siapa?" soalku endah tak endah
"Mohd Khairul Najmi."
Mohd Khairul Najmi...asal 'familiar' sangat nama ni.Najmi Erk...Khairul Najmi....Dont tell me...arghhhh, tak rela aku berkakak iparkan budak ni..noooooo! Kalu ni lah citer dia...bukan abang yang malang...but me...gilak!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment