Apa aku nak buat ni. Berat betul permintaan kak Nilam tu.Bukan aku tak sudi untuk membantu.Sumpah!..aku pun kesian tengok budak-budak tu.Tapi permintaan kak Nilam itu sulit sungguh untuk diadakan.Masakan aku diminta untuk bernikah dengan abang Zainal.Bernikah dengan abang iparku sendiri.Huh, gila...tak pernah dibuat orang.
********************
"Kakak saya macam mana doktor? keadaaannya semakin pulih kan."
Besar harapanku untuk melihat dia kembali sihat seperti sedia kala.Dia yang telah lama ku kenal.Dia yang sama-sama berkongsi suka dan duka denganku.Dia yang mempertaruhkan segala rahsia hatinya untuk menjadi amanatku.
"Berat untuk saya katakan ini cik Normah.Keadaaan puan Nilam masih tidak berubah walaupun telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada pangkal rahimnya." ujar doktor Johan dalam nada yang ditahan-tahan.
"Macam mana boleh jadi macam ini doktor.Kakak saya nampak sihat saja."
Memang tak masuk dek akal.Gila apa doktor ni.Orang yang nampak sihat dan boleh bergelak ketawa dikatakannya sakit parah.Serasa aku, bukan aku seorang saja yang cakap kaka Nilam dah sihatmalah seluruh anggota keluarga kami dan rakan-rakannya juga mengatakan hal yang sama.
"Pada dasarnya memang puan Nilam nampak sihat.Tapi sebenarnya,beliau sedang menanggung kesakitan yang amat berat.Buah pinggang beliau telah dijangkiti kuman dan ini boleh mengancam nyawa beliau."
Ya Allah...ujian apakah ini.Relakah aku melihat kakak kembarku menanggung semua ini...relakah aku melihat anak-anaknya kehilangan kasih sayang seorang ibu di usia yang mentah..Naim masih bayi, kak...dia perlukan akak..Najmi dan Nani juga.Akak kena kuat, bertahanlah kak...
********************
"Tak boleh kak.Mah tak nak...mah tak sanggup.Apa yang akak merepek ni.Akak jangan fikir yang bukan-bukan kak.Akak ialah mak budak-budak tu.Akak kena kuatkan semangat kak.Anak-anak akak perlukan akak.Dorang masih kecil lagi kak."
Tidak, aku tak sanggup.Permintaan apakah ini...aku rela kalau akak menyuruh aku menjaga anak-anaknya itu sampai dewasa.Tapi kalau aku diminta untuk menikahiabang Zainal dan seterusnya menjadi pengganti kak Nilam,...memang aku tak sanggup.
"Tolonglah akak, Mah.Akak tak percayakan orang lain selain Mah untuk menjaga keluarga akak.Akak merayu Mah, tolonglah akak.Akak tak dapat nak pergi dengan tenang kalau Mah tak nak tolong akak." rayu kak Nilam.
Kali ini kurasakan kesabaranku sudah memuncak.Masakan tidak..asyik hal 'mati' je lah yang disebutnya.Mati itu satu kepastian, semua orang pasti melaluinya, aku tahu itu.Tapi, kalau hal mati je lah yang diulang-ulang, aku rasakan....orang gila pun boleh marah jadinya.Tak cukup dengan itu, aku jugak yang dipaksa-paksa melakukan hal yang sememangnya tidak pernah terdetik sekali pun dalam fikiranku, hanay untuk memuaskan hati orang yang dah nak 'pergi'....
"Mah, akak faham perasaan Mah.Akak bukan sengaja nak patah semangat.Tapi, semangat yang tinggal ini pun hanya semangat untuk melihat keluarga akak bahagia.Supaya meerka tak sedih bila akak tinggalkan mereka.Cuba Mah bayangkan...kalau budak-budak tu dijaga oleh orang luar, adakah mereka akan dijaga dengan baik,dengan penuh kasih sayang? Tapi kalau Mah...akak tak risau.Setidak-tidaknya akak tahu Mah sayangkan budak-budak tu, Mah memounyai talian darah dengan mereka.Mah...tologlah faham akak...akak merayu sangat-sangat."
Kali ini tanagnku pula yang diraih.Dapat aku rasakan betapa besarnya harapannya kepadaku....aku buntu.Masakan aku harus menolak amanat itu.....
********************
"Mama...buat apa tu?"
Lamunan panjangku dikejutkan oleh sapaan Najmi.Sudah besar rupanya nak sulungku ini.Tak lama lagi, dapatlah aku menantu.Aku percaya...bukanlah satu perkara yang sukar buat anak bujangku ini untuk mencari pasangan.Dengan muka yang kacak...bermata redup, hidung terletak,alis kening yang tebal dan bibir yang merah(tanda anak aku tak pernah menyentuh walau sebatang rokok pun), masakan ada gadis yang sanggup menolak anakku ini.Hmmm, Najmi dah besar kak, sangat mirip dengan papanya.Anak akak dah besar...
"Mama, marah lagi ke? I'm sorry ma.Bukan Mi sengaja tak dinner dengan mama semalam.Mi janji, lepas ni tiap-tiap malam Mi dinner dengan mama...erm...kecuali..ada hal berbangkit, you can keep my words" kata Najmi sambil mengenyitkan matanya.
Ah...anak yang ini memang pintar mengambil hatiku.Bertuah sungguh aku kerana memiliki anak ini.Lagi bertuah apabila aku yang dipilih untuk menjadi pengganti ibunya.
"Papa dah pergi kerja, sayang?" tanyaku
"Belum..papa tunggu mama breakfast sekali.Hari ni biar Mi hantar adik pergi sekolah but,...you must not believe it, anak dara mama seorang tu tak bangun-bangun lagi." adu Najmi.
"what...astaghfirullah al adzim...Nani...!"
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment